Thursday 15 November 2012

PERKAP


Pada kali ini, saya nak kongsi pengalaman saya dan kawan-kawan lain menjadi peserta dalam “Perkhemahan Kaunselor Pelatih” (PERKAP). Perkhemahan ini adalah anjuran persatuan kaunseling UPSI iaitu “Kaunseling Aspirasi Suburkan Insan Harmoni” (KASIH). Perkhemahan ini dilaksanakan semasa kami di semester tiga. Pengarah program ini ialah kawan kelas saya sendiri, Salina binti Abd Aziz.

Perkhemahan ini akan dilaksanakan di Sungai Siput, Perak. Sebelum saya bercerita lebih lanjut pengalaman saya, saya nak minta maaf terlebih dahulu..saya kurang mahir mengarang..heheh.. maaf ye cikgu-cikgu BM  dan orang-orang bahasa yang lain..

Pertama sekali saya mendapat tahu akan menyertai perkhemahan, saya terus terfikir satu makhluk Allah ni..nak tahu tak apa??..jeng3..heheh..”PACAT”..huhuhu..saya minta maaf ye pacat, saya kurang suka pada awak.. Sebelum pergi lagi saya dah search kat internet petua menjauhkan diri dari gigitan pacat..lepas tu, saya share dengan kawan2 kat group facebook. Kawan2 yg lain pun terus trauma bila saya sebut pasal pacat..hehehe..tak baik kan saya buat mcm tu..:)
 
Akhirnya tibalah masa untuk pergi ke sana.. Selepas sampai saja disana, ekspresi muka kami semua dah brubah kurang manis.. Kami nampak macam usang ja tempat tu. Seram jugak la. Dalam kawasan hutan pulak tu...huhu..makkkk..saya tak suka pacat. Saya kena la jgk motivasikan diri sendiri.. Nak jadi kaunselor hebat kan Cik Jaiyidah..Caiyok3!!!..Kami disambut oleh kaunselor sekolah di daerah sana.

1 Muharram 1434

Assalamualaikum WBT..
Salam Maal Hijrah 1434...Kebetulan hari ini ialah 1 Muharram 1434 yang disambut oleh semua umat Islam seluruh dunia. Marilah kita sama-sama menghayati ayat Al-Quran daripada surah An-Nisaa’ ayat 100 :

Maksudnya :
“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”
(an-Nisaa’:100)
Baca dan fahami..:)

Tuesday 13 November 2012

PERKEMBANGAN PERSONALITI

Pada semester dua, kami batch “Realiti” pergi melawat ke Raudhatul Sakinah untuk menyelesaikan kerja lapangan bagi tugasan subjek “Perkembangan Personaliti”. Pensyarah kami ialah Encik Che Anuar bin Che Abdullah.

KISAH PENGAJARAN DARIPADA TEMURAMAH...
Amy (bukan nama sebenar), berusia 18 tahun. Amy  merupakan anak yatim dan tinggal bersama ibunya dan dua orang abang. Amy mengakui bahawa dia merupakan anak yang degil. Dia lebih takut kepada abangnya berbanding ibunya sendiri. Contohnya abangnya melarang dia keluar dari rumah tanpa izin.
Amy boleh berada di Raudhatul Sakinah kerana ibunya yang menghantarnya ke situ. Ibunya terpaksa berbuat demikian kerana Amy sudah mengandung anak luar nikah. Tindakan ini bagi menjaga maruah keluarga Amy dan mengelak daripada pandangan buruk oleh masyarakat sekeliling. Hal ini akan menggugat diri dan kandungan Amy. Oleh itu, keputusan yang terbaik ialah dengan tinggal di Raudhatul Sakinah. Pada masa itu, Amy sudah tinggal selama tujuh bulan di Raudhatul Sakinah. Masalah Amy bermula apabila dia mula terpengaruh dengan rakan-rakan yang mempunyai pasangan kekasih. Selain itu, Amy juga cemburu apabila abangnya mempunyai telefon bimbit. Oleh itu, ibu Amy menghadiahkan telefon bimbit kepadanya dengan syarat dia menggunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah. Kesannya, pergaulan Amy terlalu bebas dengan lelaki bukan mahram disebabkan hal ini.

Monday 12 November 2012

PSIKOLOGI ABNORMAL


Pada semester tiga, kami mengambil subjek Psikologi Abnormal. Dalam subjek ini kami belajar tentang kecelaruan-kecelaruan yang berlaku kepada seseorang individu. Pensyarah kami ialah Cik Amelia Binti Mohd Noor. Untuk mengetahui keadaan sebenar tentang individu-individu ini, kami telah membuat lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
KUMPULAN KECELARUAN UTAMA
1.       Anxiety Disorders
2.       Somatoform Disorders
3.       Dissociative Disorders
4.        Factitious Disorders
5.        Mood Disorders
6.        Eating Disorders
7.        Sleeping Disorders
8.        Sexual and Gender Identity Disorders
9.        Impulse-Control Disorders
10.       Personality Disorders
11.       Psychotic Disorders
12.       Childhood Disorders
13.       Cognitive Disorders

Pengetahuan dan pemahaman baru yang saya perolehi hasil dari lawatan...

Selepas mendengar taklimat daripada kaunselor-kaunselor di PPUKM dan juga melawat sendiri ke dalam wad-wad pesakit disana, saya mendapati pandangan saya sebelum ini ada yang bercanggah dengan realiti sebenar berkenaan isu ini dan juga ada yang benar. Contoh pendapat saya yang bercanggah dengan realiti sebenar ialah berkenaan dengan umur pesakit. Pada hakikatnya, pesakit mental terdiri daripada banyak golongan iaitu golongan kanak-kanak, remaja, dan juga orang tua. Peringkat umur pesakit mental boleh dikategorikan 18 tahun ke bawah dan 18 tahun ke atas.

KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH


Pada semester empat, kami pelajar ISMP Bimbingan dan Kaunseling UPSI, batch “REALITI” telah membuat lawatan ke Pondok Remaja Inabah II, Kuala Terengganu, Terengganu. Pada semester lepas, kami mengambil subjek Kaunseling Penyalahgunaan Dadah. Oleh itu, kami pergi ke sana untuk menemuramah penghuni di sana. Pensyarah kami ialah Dr. Mohd Muzafar Shah Bin Mohd Razali.
PROSES RAWATAN DAN PEMULIHAN
1.      Mandi taubat
Mandi taubat atau juga dikenali sebagai hidroterapi adalah kaedah pertama yang dilaksanakan kepada penghuni di pondok ini. Hidroterapi atau terapi air adalah kaedah rawatan menggunakan air sama ada panas, suam, sejuk, wap atau ais untuk melegakan sengal-sengal badan dan meningkatkan kesihatan fizikal.
Mandi taubat ini hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat puluh hari tanpa henti. Sekiranya mandi tersebut terhenti sebelum cukup empat puluh kali, maka mandi tersebut akan diulangi semula dengan angka kosong. Mandi tersebut juga mestilah dilaksanakan sebelum masuk waktu solat subuh setiap hari. Setiap kali mandi tidak kurang empat puluh gayung disertai empat puluh kali bacaan doa dengan ayat al-Quran surah al-Mu’minun ayat 29. Terjemahan daripada doa surah tersebut bermaksud “Dan berdoalah dengan berkata: ‘Wahai Tuhanku, turunkanlah daku ditempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.”
Namun begitu, terdapat juga kesan sampingan akibat daripada mandi taubat ini. Pengamalnya akan mudah mengalami selesema, batuk kecil, dan sakit kepala.

PERSONALITI KERJAYA

PERSONALITI KERJAYA MENGIKUT TEORI HOLLAND

1.REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN & MEKANIKAL)    
                             
CIRI-CIRI
Stabil, natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal, materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik akal.

a.   SUKA
Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.
b.  TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
c.   ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
d.  PEKERJAAN
Jenis pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam, pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
e.   BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan penternakan.
f.    PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernilai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
Menggalakkan individu melihat dunia secara mudah dan tradisional.

SOALAN TEMUDUGA

SOALAN YANG SERING DITANYA DALAM TEMU DUGA

1.  Beritahu saya tentang diri anda?
Ini biasanya soalan pertama yang akan di tanya penemuduga sebaik sahaja anda telah mengambil tempat duduk anda. Ini adalah peluang bagi penemuduga untuk menilai anda  melalui apa yang kamu katakan dan bagaimana anda menjawap soalan mereka. Seperti yang mereka selalu berkata, jawapan pertama anda adalah penting sekali, jadi anda perlu pastikan anda telah menyediakan diri anda secukupnya untuk menjawab. Pastikan ia pendek dan ringkas, sebaik-baiknya dalam masa 2 – 3 minit.
Bagaimana anda harus menjawab kemudian? Seperti saya katakan, anda harus melakukan sikit kajian awal kepada syarikat itu, cari maklumat melalui kawan atau sumber lain yang boleh membantu anda.
Jawapan anda itu, adalah berkaitan kualiti anda (contohnya, kelayakan, personaliti dan pengalaman kerja) yang berkaitan dengan kedudukan dalam soalan. Oleh itu, anda hanya perlu menyampaikan maklumat berkenaan apa yang diperlukan untuk kerja, tetapi tidak kepada yang tidak relevan yang berkaitan dengan acara keluarga atau peribadi.