Sunday 11 November 2012

KAUNSELING INDIVIDU

Muhd Mansur Abdullah (1993)
Kaunseling individu adalah konvergensi peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila kaunselor dengan kemampuan yang ada menyediakan situasi belajar yang membolehkan pelanggan untuk mengenal diri sendiri, membuat perubahan pilihan, sikap perubahan, membuat keputusan dan pemilihan memenuhi keperluan mereka sendiri.
Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan,pengetahuan tentang ciri-ciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
a)Kaunselor menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan.
Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu, klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan atau sebaliknya.

b)Kaunselor memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.

c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan lain yang lebih dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.

d)Kaunselor  harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan dapat menbantu kaunselor membantunya.

e)Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak  pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.

f)Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia. Bagaimanapun,jika didapati keadaan klien mengancam kabjikan atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai.

g)Sebagai kaunselor yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.

Stewart et al (1978) 
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti :

a)Kerahsiaan
Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.

b)Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien
Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status antara  kaunselor dengan klien. Contohnya,duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.

c)Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru.
Seringkali dalam kaunseling,dalam masa setengah jam yang pertama,kaunselor tidak dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien. Oleh itu,kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.

d)Bilik kaunseling yang bersesuaian
Kaunseling dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling seboleh-bolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling.

e)Suasana perbincangan adalah menenangkan.
Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.


No comments:

Post a Comment