Sunday 11 November 2012

CIRI-CIRI KAUNSELOR

Proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor di samping kemahiran-kemahiran kaunseling yang dimiliki. Dalam mewujudkan sesi kaunseling yang selesa, kaunselor terlatih dan berpengalaman sangat diperlukan. Kaunselor berkesan merupakan individu yang mempunyai sifat-sifat yang baik dalam profesion menolong orang lain yang memerlukan bantuan. Sifat-sifat ini bertujuan untuk menarik orang lain mempercayai dirinya.
THE ASSOCIATION OF COUNSELOR AND SUPERVISION (2007)
1.  Kepercayaan kepada setiap individu, iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak boleh  mempertikaikan atau membantah apa yang dikatakan oleh klien.
2.      Komitmen kepada nilai kemanusiaan, iaitu harus mempunyai dan menunjukkan sifat kemanusiaannya seperti mengambil berat dan menumpukan perhatian kepada klien.
3.      Bersikap terbuka iaitu dalam setiap perkara di samping tidak boleh mengkritik dan memperlekehkan kata-kata klien.
4.      Memahami diri sendiri dahulu sebelum memahami orang lain termasuklah klien.
5.      Peka kepada dunia
6.      komitmen kepada profesion.
COMBS ET AL. (1994)
1.      Kaunselor berkesan menganggap orang lain berkebolehan menyelesaikan masalahnya dan boleh menangani hidupnya.
2.      Kaunselor menganggap orang lain adalah boleh diharap, mesra dan berguna.
3.      Mereka juga suka bersama orang lain berbanding bersama objek atau alat yang tidak bernyawa bagi meluahkan masalah atau perasaan mereka.
CARL ROGERS
1.      Penerimaan dan kemesraan iaitu kaunselor hendaklah mengalami dan menunjukkan minat dan tumpuannya kepada klien.
2.      Kaunselor perlu memberitahu klien tentang sikapnya suka menerima, menghormati dan suka klien secara jujur tanpa mengenakan sebarang syarat iaitu penerimaan tanpa syarat (tanpa mengambil kira latar belakang, status sosioekonomi serta masalah yang dihadapi.
3.      Kaunselor menerima klien dengan penuh kerelaan dan kemesraan supaya klien berasa selesa, yakin dan bebas walaupun baru berjumpa kaunselor.
4.      Tidak menghukum klien iaitu kaunselor mengelak diri dari memberi label kepada klien apabila klien mengemukakan masalah.
5.      Kaunselor tidak boleh membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat bukti dan keterangan yang lengkap.
6.      Ciri ketulenan. Kaunselor hendaklah sentiasa seimbang semasa menjalankan sesi kaunseling, iaitu tidak berpura-pura, tenang, asli, dan tidak menunjukkan kecenderungan menguasai perhubungan kaunseling. Kaunselor yang asli dan tulen akan diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Hal ini akan menimbulkan perasaan selamat dan yakin dengan kebolehan kaunselornya.
7.      Rogers (1977) berpendapat  kaunselor berkesan mestilah menarik, mudah mesra, menunjukkan keyakinan, dan boleh dipercayai. Persepsi klien terhadap sikap klien lebih penting daripada teori atau kaedah yang digunakan oleh kaunselor. Oleh itu, kaunselor haruslah menjaga imejnya supaya tidak dipandang serong.
COREY (2001)
1.      Kaunselor perlu terus meningkatkan kesedaran untuk terus maju, bersedia menghadapi sebarang perubahan dan menjadi model bagi tingkah laku yang baik dan aktiviti berisiko.
2.      Menunjukkan minat dan terlibat dengan kebajikan serta memahami pengaruh budaya ke atas klien.
3.      Pengetahuan serta kemahiran perlu ada bagi menggabungkan teori psikologi dan latihan ke dalam proses kaunseling di samping sebagai satu kelebihan bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran diri untuk menjadi lebih efektif.
IBRAHIM (2002)
1.      Memberikan pendapat menurut pandangan Islam. Contohnya ialah beriman dan bertaqwa, jujur, berani, pemurah, ramah, sabar, tenang dalam menghalang daripada perbuatan jahat, tabah membela kebenaran dan melindungi kepentingan ramai atau umum.
2.      Berakhlak mulia, tidak berdendam, pemaaf, menghormati, dan berbelas kasihan.
3.      Bertutur dengan sopan, jelas dan berkebolehan menggunakan kiasan supaya tidak menyinggung perasaan klien juga tergolong dalam ciri-ciri kaunselor berkesan.
SAPORA DAN WAN ANOR (2002)
1.      Berminat dan berkemahiran untuk bekerja dengan orang ramai dan dalam masa yang sama lebih bersifat saintifik bagi mengimbangi penggunaan sains individu dan tingkah lakunya.
2.      Kejujuran dan keikhlasan juga sangat penting untuk menghasilkan perhubungan kaunselor-klien yang bersifat neutral, spontan, dan konsisten.

Kesimpulannya, kaunselor hendaklah memiliki ciri-ciri peribadi yang baik untuk berjaya dalam profesion kaunseling. Disamping itu, kaunselor tidak boleh ketinggalan dengan pelbagai pendekatan dan kaedah menolong yang begitu cepat berubah.


No comments:

Post a Comment