Monday 12 November 2012

PSIKOLOGI ABNORMAL


Pada semester tiga, kami mengambil subjek Psikologi Abnormal. Dalam subjek ini kami belajar tentang kecelaruan-kecelaruan yang berlaku kepada seseorang individu. Pensyarah kami ialah Cik Amelia Binti Mohd Noor. Untuk mengetahui keadaan sebenar tentang individu-individu ini, kami telah membuat lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
KUMPULAN KECELARUAN UTAMA
1.       Anxiety Disorders
2.       Somatoform Disorders
3.       Dissociative Disorders
4.        Factitious Disorders
5.        Mood Disorders
6.        Eating Disorders
7.        Sleeping Disorders
8.        Sexual and Gender Identity Disorders
9.        Impulse-Control Disorders
10.       Personality Disorders
11.       Psychotic Disorders
12.       Childhood Disorders
13.       Cognitive Disorders

Pengetahuan dan pemahaman baru yang saya perolehi hasil dari lawatan...

Selepas mendengar taklimat daripada kaunselor-kaunselor di PPUKM dan juga melawat sendiri ke dalam wad-wad pesakit disana, saya mendapati pandangan saya sebelum ini ada yang bercanggah dengan realiti sebenar berkenaan isu ini dan juga ada yang benar. Contoh pendapat saya yang bercanggah dengan realiti sebenar ialah berkenaan dengan umur pesakit. Pada hakikatnya, pesakit mental terdiri daripada banyak golongan iaitu golongan kanak-kanak, remaja, dan juga orang tua. Peringkat umur pesakit mental boleh dikategorikan 18 tahun ke bawah dan 18 tahun ke atas.

Terdapat pelbagai kes kecelaruan yang diterima oleh kaunselor di PPUKM. Antaranya ialah kes neorosis, anxiety disorder, child abuse, penagihan dadah, personality disorder, eating disorder, kemurungan, anorexia nervosa, conversion disorder, schizophrenia, dan banyak lagi. Pihak PPUKM banyak menerima kes dari pesakit luar (out patient). Rawatan telah dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti  menganjurkan program lawatan ke rumah pada kes yang tertentu bagi memudahkan proses merawat pesakit. Pasukan bergerak telah ditubuhkan bagi menjayakan program ini.

Contoh kes yang diterima ialah keluarga yang bermasalah. Pasukan ini sentiasa memantau tahap perkembangan seseorang yang mengalami kecelaruan tersebut. Pasukan eksekutif juga ditubuhkan bagi menerima panggilan dari keluarga yang terlibat dengan kecelaruan. Sekiranya pesakit masih lagi tidak pulih seperti sedia kala, maka rawatan susulan telah diambil oleh pihak kesihatan tersebut.

Selain itu, rawatan primer juga dilaksanakan. Kumpulan sokongan keluarga telah ditubuhkan bagi membantu merawat pesakit mental seperti schizophrenia, neorosis, anxiety, penagihan dadah, personality disorder dan lain-lain. Dengan adanya pasukan-pasukan ini, maka rawatan boleh dilakukan. Sekiranya individu yang mengalami masalah kesihatan mental yang sangat serius, maka rawatan elektro konvulsif telah dijalankan keatasnya bagi mengawal tingkah laku yang terlalu agresif. Tidak dinafikan bahawa cara rawatan ini ada kebaikan dan keburukan tertentu. Namun, pihak kesihatan akan meminta kebenaran waris dahulu sebelum menjalankan rawatan tersebut.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kesihatan untuk merawat pesakit mental. Contohnya klinik memori dibina untuk merawat warga tua, bilik khas yang selesa dan tidak berbahaya disediakan untuk pesakit yang agresif. Hal ini dapat mengelakkan daripada pesakit tercedera apabila mereka bertindak ingin mencederakan diri sendiri.

Berdasarkan statistik bilangan kes mengikut jantina, perempuan lebih ramai mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki. Pesakit juga terdiri daripada pelbagai golongan tidak kira kaya atau miskin. Pihak kerajaan tidak membenarkan pihak swasta menubuhkan pusat kesihatan mental mereka sendiri. Oleh itu, pelbagai jenis golongan yang dirawat di sana. Hal ini membuktikan bahawa bukan sahaja golongan miskin yang mengalami masalah kesihatan mental, malah golongan yang berada juga terdedah mengalami masalah ini.

Kanak-kanak juga mengalami masalah kesihatan mental. Seperti yang dimaklumkan oleh Encik Zakuan, kaunselor PPUKM bahawa kes kanak-kanak kebanyakannya berumur antara 4 hingga 5 tahun. Fakta ini baru bagi saya kerana kanak-kanak yang seusia ini sudah mengalami kecelaruan. Sedangkan mereka masih terlalu kecil untuk menghadapi masalah ini. Contoh kes ialah child abuse. Pada peringkat umur ini sepatutnya mereka diberikan perhatian, kasih sayang, dan didikan yang sempurna.


 
 

No comments:

Post a Comment