Sunday 11 November 2012

STRATEGI UNTUK MENGATASI HALANGAN DALAM KAUNSELING

Menurut Egan (1998), melihat resisten klien boleh ditangani melalui :
  1. Jelaskan kepada klien bahawa resisten adalah satu perkara yang biasa dalam terapi dan pengekalan adalah satu mekanisme bela diri yang penting.
  2. Jelaskan resisten klien sebagai suatu yang positif dan bukannya suatu kegagalan
  3. Elakkan intervensi yang bersifat terlalu proaktif
  4. Galakkan kerjasama dan penyertaan klien dalam menetapkan matlamat adalah perlu.
Menurut Olson (1979), menjelaskan bahawa kontrak boleh mengurangkan resisten klien. Mereka mencadangkan perkara berikut dalam menyediakan kontrak yang berkesan :
  1. Kesemua aspek kontrak perlu difahami dengan jelas dan perlu dipersetujui oleh kaunselor dan klien
  2. Kontrak perlu disediakan dalam bentuk bertulis.
  3. Tingkah laku yang diingini perlu dinyatakan dalam kontrak dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Ia bermula dari perubahan tingkah laku yang mudah diikuti dengan perubahan tingkah laku yang sukar.
  4. Kontrak yang boleh diubah berdasarkan persetujuan antara kaunselor dan klien.
  5. Tingkah laku yang ingin dicapai perlu dinyatakan dengan jelas.
  6. Objektif tingkah laku yang ingin dicapai perlu dinyatakan.
Strategi untuk Mengatasi Masalah Klien Reluctant
Menurut Sapora Sipon dan Wan Anor (2000), kaunselor perlu menangani klien yang tidak rela dn resisten melalui berbagai-bagai kaedah. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
  1. Jelaskan batas masa
  2. Jangan menganggap keengganan klien sebagai kegagalan kaunselor
  3. Kaunselor perlu mempunyai sumber dan bahan yang mencukupi
  4. Teknik-teknik seperti konfrontasi, memujuk, modifikasi tingkah laku boleh digunakan bagi klien yang tidak mengaku mempunyai masalah, tetapi tidak mahu berubah dan yang takut untuk berubah.
  5. Mewujudkan kepercayaan dan empati serta kemesraan terhadap klien
  6. Kaunselor mengelakkan konfrontasi dan interprestasi terhadap klien
  7. Jelaskan tujuan perjumpaan dan kenapa klien dihantar kepada kaunselor, faedah yang didapati dalam kaunseling jika ada kesediaan bekerjasama di antara kaunselor dan klien
  8. Berikan jaminan tentang kerahsiaan
Kaunselor perlu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersedia membantu dan mendengar apa yang dinyatakan oleh klien.


No comments:

Post a Comment