Sunday 11 November 2012

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1. PRA SESI – Kondusif / Teraputik
2. MEMBINA HUBUNGAN*
3. PENSTRUKTURAN
4. DORONGAN MINIMA*
5. KEMAHIRAN MENDENGAR*
6. REFLEKSI*
7. PARAFRASA*
8. KEMAHIRAN MENYOAL*
9. KONFRANTASI*
10. MERUMUS*
11 MEMILIH ALTERNATIF
12. MENGAMBIL TINDAKAN
13. KHIDMAT SUSULAN
14. PENAMATAN SESI
15. MENAMATKAN HUBUNGAN
KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN (Rappo)
- Suasana teraputik - tanpa gangguan
- Jarak – terlalu jauh / dekat
- Penampilan diri kaunselor - ganggu klien
- Ekspresi muka (wajah)- peka klien / kaunselor
- Pandangan / kontak mata- memberi perhatian / minat / hormat / galakan / jujur / selesa /
   kesungguhan
- Kedudukan / pergerakan tubuh- memberi nada/makna dalam hubungan kaunseling
- Tergaru-garu – ragu / tak pasti / cemas / risau
- Mengigit jari - tertekan / ragu / cemas / risau
- Senyuman – persahabatan / penerimaan / ingin bekerjasama / mengejek / takut


TINGKAH LAKU ( Tanpa Lisan )
Menutup mulut dengan tangan
Saya perlu berhati-hati dengan kata-kata
Menarik nafas panjang
kesakitan
Melihat ke arah lain dan bermain dengan sesuatu
Rasa malu
Meletak jari di pipi
Berfikir dengan serius
Senyum, tidak ada yang menggelikan hati
Tidak memahami soalan
Melemparkan pandangan jauh apabila disoal
Mencari jawapan yang baik / alasan
Menggosok mata
Sedih
Menggerakan badan kehadapan
Berminat

DORONGAN MINIMA
Tujuan – memberangsangkan klien / kaunselor mendengar / faham / sedang mengikuti ceritanya
Contoh:
Kln: Saya nak bincang tentang pelajaran saya
Ksr: Ya!pelajaran awak ( sambil mengangguk)
Kln : Sejak akhir-akhir ni pencapaiannya
merosot
Ksr : Hmm! Hmm!

REFLEKSI - KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar berkaitan dgn refleksi
Isi/perasaan/pengalaman.

Refleksi IsiKln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi,
mencari srategi yang baik untuk saya.
Ksr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi paling baik

- Pergerakan tangan/kaki - berpeluk tubuh (tak selamat/tertutup/tak
  sedia/negatif/defensif)
- Tangan dalam poket- menyembunyikan sesuatu
- Genggam jari - marah
- Kedua-dua tangan pegang kuat pada kerusi- rasa takut/risau

Refleksi - perasaanKln : Kadang-kadang saya sendiri tak faham, apa yang saya buat,semua tak kena ; yang dicari hanyalah salah sahaja. Apakah saya tak pernah betul?
Ksr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami ini?

Refleksi-Pengalaman
Cth :
Kln: Saya sebenarnya sangat sayang kepada anak isteri saya. Inilah yang saya tak faham, mengapa mereka sanggup meninggalkan saya ? (sambil tunduk dan keliatan murung)
Ksr: Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh keluarga yang anda sayangi

PARAFRASA
• Pemahaman kaunselor yang dinyatakan dalam ayat yang agak pendek. Klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.
Contoh :
• Kln: Cikgu, sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran saya. Macam mana saya nak belajar kalau ibu bapa saya asyik bertekak saja.
• Ksr: Ali berasa bosan kerana ibu bapa anda sering bertengkar sehingga Ali tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

KEMAHIRANMENYOAL
Soalan Tertutup :
Cth: Anda telah berkahwin?
Anda rindu keluarga anda?
Siapa Teman sebilik anda?

Soalan Terbuka :Cth : Apa perasaan anda?
Bagaimana anda boleh menjadi begitu hebat ?
Cuba ceritakan pengalaman kerjaya anda?

PERBANDINGAN ANTARA SOALAN TERTUTUP DENGAN SOALAN TERBUKASOALAN TERTUTUP (X)
SOALAN TEBUKA (/)
x -Mendapatkan jawapan khusus
/ -Membolehkan jawapan yang berbagai
x- Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan
/- Memerlukan jawapan yang panjang
x- Mendapatkan data
/ -Mendapatkan pandangan, sebab penerangan dan lain-lain
x- Menyekat respon klien
/- Membolehkan klien memberi jawapan yang tidak dijangka oleh kaunselor

KONFRANTASI• Menggambarkan keadaan klien tidak kongruen antara yang dicerita dengan apa yang diharapkan tentang dirinya / apa yang dilihat oleh kaunselor
Cth:
REBT (9 pemikiran tidak rasional)
• Anda kata semua lelaki jahat tapi bagaimana dengan bapa anda yang anda katakan tadi sebagai idola anda?
• Anda kata anda menyesali perbuatan anda tapi saya lihat anda masih boleh
tersenyum ?

MERUMUS
• Kaunselor perlu membuat rumusan setelah sesi kaunseling berjalan agak lama bagi
membolehkan klien memahami diri & masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu merumuskan isi
penting perbualan sebelum menamatkan sesi.

Contoh
• Maknanya….
• Pendek kata….
• Ringkasnya….
• Oh….jadi….

No comments:

Post a Comment