Thursday 15 November 2012

PERKAP


Pada kali ini, saya nak kongsi pengalaman saya dan kawan-kawan lain menjadi peserta dalam “Perkhemahan Kaunselor Pelatih” (PERKAP). Perkhemahan ini adalah anjuran persatuan kaunseling UPSI iaitu “Kaunseling Aspirasi Suburkan Insan Harmoni” (KASIH). Perkhemahan ini dilaksanakan semasa kami di semester tiga. Pengarah program ini ialah kawan kelas saya sendiri, Salina binti Abd Aziz.

Perkhemahan ini akan dilaksanakan di Sungai Siput, Perak. Sebelum saya bercerita lebih lanjut pengalaman saya, saya nak minta maaf terlebih dahulu..saya kurang mahir mengarang..heheh.. maaf ye cikgu-cikgu BM  dan orang-orang bahasa yang lain..

Pertama sekali saya mendapat tahu akan menyertai perkhemahan, saya terus terfikir satu makhluk Allah ni..nak tahu tak apa??..jeng3..heheh..”PACAT”..huhuhu..saya minta maaf ye pacat, saya kurang suka pada awak.. Sebelum pergi lagi saya dah search kat internet petua menjauhkan diri dari gigitan pacat..lepas tu, saya share dengan kawan2 kat group facebook. Kawan2 yg lain pun terus trauma bila saya sebut pasal pacat..hehehe..tak baik kan saya buat mcm tu..:)
 
Akhirnya tibalah masa untuk pergi ke sana.. Selepas sampai saja disana, ekspresi muka kami semua dah brubah kurang manis.. Kami nampak macam usang ja tempat tu. Seram jugak la. Dalam kawasan hutan pulak tu...huhu..makkkk..saya tak suka pacat. Saya kena la jgk motivasikan diri sendiri.. Nak jadi kaunselor hebat kan Cik Jaiyidah..Caiyok3!!!..Kami disambut oleh kaunselor sekolah di daerah sana.
 
Sampai ja disana, kami tengok tempat tidur kami..sangat-sangat lah comel tempat tidur kami. Tak perlu ada katil pun. Kami semua hanya mampu tersenyum melihatnya..:)..tidur atas pasir..wahhh..bestnya..mesti kawan2 semua boleh bayang kn, tidur lenaaaa..sejuk macam kat oversea...huhu


 Aktiviti pun bermula. Pertama sekali, aktiviti kami ialah “Water Confident”. Kami kena selam dalam sungai.. Satu lagiii...saya takut air..huhuu..pacat lg dlm sungai tu..makkk!!..apatah lagi arus air sungai yang deras. Saya ni seorang yang bertubuh badan kecil ja, of course senang dibawa arus..:(..saya cuba beranikan diri jugak masuk dalam air yang sangat dalam tu, tangan saya dah get ready pegang kawan2 laa..Alhamdulillah kami diberi jaket keselamatan, kurang sikit rasa takut tu kan..
 Bila dah ada dlm sungai tu, seronok la pulakkk...hehehe..best sebab ramai2 dengan kawan. Dah hilang rasa takut tadi.. kami dipantau oleh fasilitator disana.. bila dipanggil keluar dari sungai, rasa tak puas pulak..hehehe


Seterusnya aktiviti “jungle tracking”..kami semua dikehendaki menutup mata..saya hanya bawa towel mandi satu saja. Towel kecil saya tak bawak pun..huhu.. terpaksa jgk la korbankan towel saya yg satu tu.. nasib baik saya bawak kain batik, boleh diganti dengan towel nanti. Bayangkan kena jalan dalam hutan sambil menutup mata, camana kalau pacat naik???huhuhu..mesti la saya tak nampak..kawan saya yang lain dah berapa ekor pacat gigit..sedar-sedar dh berdarah..dalam fikiran saya pada masa tu hanya sentiasa cek kaki kalau-kalau pacat naik. Stokin yang saya pakai pun panjang. Kaki seluar saya masukkan dalam stokin..hehe..bagus kan tips tu..nanti kawan2 pun ikut la cara tu kalau tak nak pacat naik. Lepas dah sampai satu kawasan lapang, kami pun diberi arahan untuk membuat satu aktiviti.



Pada malam tu, kami banyak melakukan aktiviti dalam kumpulan (LDK). Seronokkk..pada masa tu kami rasa macam kami semua satu keluarga.. Walaupun kami penat pada waktu siang, tapi kami tak rasa pun bila dah dapat bersama dalam satu keluarga..

Seterusnya aktiviti “night walking”.. jalan dalam hutan lagi, malam2 pulak tu, sorang2???.sabar ye Jaiyidah..awak boleh buat..tak dak apa pun, jalan ja kan..konon2 nak buang rasa takut la 2..huhuhu..sebelum keluar, saya dan kawan2 dah sapu minyak cap kapak pada kasut, sebabnya tak nak bagi pacat naik..itulah tips yang saya dapat daripada kawan2..:)..bila dah jalan dalam hutan tuu, ada yang mengganggu pulak, saya tahu abang-abang dan kakak fesi yang ganggu..walaupun tahu kenapa rasa takut jugak??awak ni Jaiyidah..penakut betulll..Alhamdulillah..selesai aktiviti malam tu, tanpa diganggu oleh pacat..:)

Pada keesokan hari, pagi2 lagi kami kena turun dalam air sungai. Kami perlu berjalan melawan arus air sungai. Jauh ooooo kami jalan, dah la lawan arus pulak tu..wahh..saya rasa macam tak percaya saya boleh buat aktivti2 lasak macam tu..seronok jalan dalam air, tiba2 saya tersepak batu besar..dalam air, mana saya nampak..huhu..dah tinggalkan parut pada kaki saya..tapi Alhamdulillah dah hilang sekarang.:)..waktu tengahari kami perlu masak dalam hutan dengan menggunakan barang yang dibekalkan oleh fesi tanpa menggunakan dapur gas..huhu..lambatnya nak masak..dah la lapar masa tu..makanan plak hanya nasi, telur, dan sardin..bersyukur ye Jaiyidah, boleh makan jugak kan..:)

Ada banyak lagi aktiviti seterusnya. Masuk hutan kenal pokok-pokok yang boleh dibuat sebagai ubat. Perjalanan kami sangat jauh dan naik turun bukit..jalan pun bukannya cantik macam highway..kaki pun lenguh-lenguh berjalan..tapi kami terus berjalan dan berjalan..heheh..dalam hutan mana nak jumpa toilet, so kawan2 saya yang dah tak “tertahan” tu terpaksa la buang jgk kat kawasan hutan..heheh..kawan2 saya ja, saya tak ea..:)

Aktiviti terakhir menggunakan belon air. Seronok la boleh baling-baling orang dengan belon air tu kan..:).Fasilitator membahagikan kami kepada dua kumpulan. Kami berlawan antara satu sama lain untuk melindungi ketua yang dilantik dalam kumpulan. Selepas tamat permainan tersebut tiba2 abg fesi, abg Faris panggil nama saya dan seorang lagi senior saya, Ayu. Lepas tu abg Faris tanya semua peserta nak tahu tak apa kesalahan kami??..perasaan saya pada masa tu, hanya Tuhan yang tahu..saya ada buat salah ke??tiba-tibaaa.....abg Faris dan fesi2 yang lain menyanyikan lagu “Hepy Bzday”...Ya Allah...celebrate bzday saya dan Ayu rupanya.. Kebetulan kem tersebut pada tarikh hari lahir kami, saya 28 Oktober dan Ayu 29 Oktober..abg Faris dah ready air satu baldi untuk siram kami..wahhh..baldi tuuu..saya tak sempat nak elak..akhirnya basah jugak baju saya..huhu..nasib baik air bersih..kalau takk..memang kejam la abg Faris niee...hehehe..jgn marah ea abg Faris kalau ada baca blog nie..ingatkan dah habis dah, tiba2 saya nampak telurrrrrr...lariiiii...selamatkan diri..selamat  saya dapat elak..hehehhe..akhirnya Ayu menjadi sasaran telur tu.. dah la telur yang dah busuk..kejam kan..kesian Ayu..heheh..apa2 pun terima kasih pada semua yang wish bezday saya pada hari tu..:)

Selepas selesai semua, kami siap2 kemas dah nak balik dah.. perasaan pada masa tu memang seronok sebab boleh tidur atas katil sendiri, tapi tetap rasa sedih sebab susah pulak nak jumpa ramai2 macam tu. Banyak sangat pengalaman yang kami dapat untuk menjadi seorang “kaunselor hebat”... Setakat ni je la cerita saya ye..penat nak mengarang ni..sebabnya cikgu suruh tulis karangan kat sekolah dulu main2, curi ayat orang..hehehe..upss..kantoii..:)

Apa-apa pun...best sangat kem ni..InsyaAllah saya tak akan lupa pengalaman dan ilmu yang kami perolehi..apa yang penting, tiada pacat yang berjaya mendekati saya..hehehe..:)


No comments:

Post a Comment