PERSONALITI KERJAYA MENGIKUT TEORI HOLLAND
1.REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN & MEKANIKAL)
CIRI-CIRI
Stabil,
natural, maskulin, praktikal, tekun, terus terang, berdikari, fizikal,
materealistik, jujur, pemalu, akur, tulen, inventif, normal,
berpendirian tetap, cermat, keras hati, berulang-ulang, kurang celik
akal.
a. SUKA
Aktiviti
mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit
(wang, kuasa dan status), bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan
haiwan.
b. TIDAK SUKA
Aktiviti akademik, aktiviti sosial, pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.
c. ORIENTASI
Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.
d. PEKERJAAN
Jenis
pembaikan mekanikal, elektrikal, kejuruteraan, mekanik, guru kemahiran
hidup, juruteknik, pegawai perikanan, pegawai perhutanan, pegawai
mergastua, tukang masak, pereka fesyen, jurufoto, juruukur, penyelam,
pemandu, atendan pam minyak, tukang kayu, tukang paip.
e. BIDANG PENGAJIAN
Kejuruteraan
awam, kejuruteran mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan,
penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan
penternakan.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan benda, mesin, pertanian, dan penternakan.
Ganjaran bernilai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang dimiliki.
2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK & TEKNIKAL)
CIRI-CIRI
Analitik,
intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, asli, rasional, pasif, pendiam,
kritikal, tepat, pesemistik, berdikari, berhati-hati, cekal, introvert,
introspektif, sistematik, radikal, tidak popular.
a. SUKA
Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian masalah, bekerja sendirian.
b. TIDAK SUKA
Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, peraturan yang rigid, memujuk orang lain, bekerja dengan orang lain, kepimpinan.
c. ORIENTASI
Penyelidikan dan penyelesaian masalah.
d. PEKERJAAN
Saintis,
pakar bedah, penyelidik, psikiatri, ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi,
ahli kaji bintang, optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera
elektrik, pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis rencana,
penyunting, ahli antropologi, pengaturcara komputer.
e. BIDANG PENGAJIAN
Perubatan,
Sains dan Matematik, ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer,
psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, kejuruteraan
sains Geoinformasi.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan dan pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik.
Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan semulajadi.
3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK & PENULISAN)
CIRI-CIRI
Sensitif,
berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut, emosi, introspektif,
fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem, berpendirian, kurang
bersosial, mudah meluahkan perasaan, suka bersendirian, ekspresif,
intuitif, terbuka, idealistik, tidak praktikal.
a. SUKA
Kreativiti,
idea, situasi, tidak berstruktur, cenderung aktiviti kesusasteraan,
bahasa, muzik, drama, seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya,
isu kemanusiaan, kerja bersendirian.
b. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan dan ppentadbiran, manipulasi data.
c. ORIENTASI
Berkarya, mencipta idea.
d. PEKERJAAN
Guru
bahasa dan sastera, seniman, ahli muzik, pereka fesyen, komposer,
penulis skrip, kartunis, pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah
drama/ teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis,
wartawan.
e. BIDANG PENGAJIAN
Kesenian
(seni lukis dan seni reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina,
pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk
kecekapan dan pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas dan
tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. Menggalakkan individu
melihat dunia secara kompleks, tidak konvensional dan fleksibel.
4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN & KEBAJIKAN)
CIRI-CIRI
Kerjasama,
menolong, rasional, bijaksana, ambil berat, memujuk, prihatin,
bertanggungjawab, peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang,
ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah berinteraksi, suka
bergaul, pemurah, kewanitaan.
a. SUKA
Perhatian,
berurusan dengan orang lain, bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan
kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri majlis sosial,
aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, memikirkan masalah masyarakat.
b. TIDAK SUKA
Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang mekanikal dan saintifik.
c. ORIENTASI
Kebajikan, kemasyarakatan dan pendidikan.
d. PEKERJAAN
Pensyarah,
guru, ustaz, ahli politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam,
pegawai kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal,
diplomat, ahli sosiologi
e. BIDANG PENGAJIAN
Sosial,
pentadbiran, pendidikan, sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian
agama, sains politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk
kecekapan interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih, mengubati,
menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai sosial dan kemasyarakatan.
Menggalakkan individu melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.
5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN & PERNIAGAAN)
CIRI-CIRI
Agresif,
memujuk, sergas, cita-cita tinggi, ekstrovert, berlagak, bebas,
bersungguh-sungguh, suka berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi,
menggoda, petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal yang baik,
kebolehan memimpin, menonjolkan diri, regular, pentingkan diri,
maskulin, bermotivasi.
a. SUKA
Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka mengambara, bersosial, suka cabaran.
b. TIDAK SUKA
Aktiviti
sistematik, kemahiran saintifik dan teknikal, intelektual, isu-isu
abstrak dan simbolik, kerja yang ditentukan dan diawasi.
c. ORIENTASI
Manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain.
d. PEKERJAAN
Pegawai
pemasaran, perunding, pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli
politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai, usahawan, pengurus
syarikat, pekerja perhotelan, jurujual pasaran saham, spekulator,
pengurus personal.
e. BIDANG PENGAJIAN
Pengurusan
dan pentadbiran, pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan,
penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan, rekreasi, kejuruteraan
industri, pengurusan personal.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk
kecekapan mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan manipulasi orang
lain untuk matlamat peribadi dan organisasi. Ganjaran bernilai
keusahawanan dan matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan
individu melihat dunia dari segi kuasa, harta, tanggungjawab, mudah dan
stereotaip.
6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN & ORGANISASI PEJABAT)
CIRI-CIRI
Jujur,
berhemat, kemas, akur, cekap, sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh,
suka mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka
berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip, dominan, disiplin,
konservatif, kurang berdikari, terancang, rigid, bergantungan.
a. SUKA
Arahan,
tugas sistematik dan terancang, elak diri daripada masalah, menyusun
maklumat, data dan sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem
fail.
b. TIDAK SUKA
Aktiviti
tidak bersistem, arahan kabur, isu-isu imaginatif, situasi yang rumit,
kemahiran seni, aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.
c. ORIENTASI
Manipulasi data dan sistematik.
d. PEKERJAAN
Akauntan,
operator komputer, kerani pos, pustakawan, peguam kredit, pegawai
cukai, kerani kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai
statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai harta, kerani
kaunter, guru perdagangan.
e. BIDANG PENGAJIAN
Teknologi
maklumat, sains komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains
perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, kewangan pendidikan,
perniagaan.
f. PERSEKITARAN AKADEMIK
Memupuk kecekapan mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data, rekod atau bahan bertulis. Ganjaran
bernilai wang, pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat
dunia dengan cara konvensional, stereotaip, pergantungan dan mudah.
No comments:
Post a Comment