Sunday 11 November 2012

ETIKA KAUNSELING

KAUNSELOR YANG BERETIKA
Tatalaku Kaunselor
  • Hendaklah menjaga & mengekalkan tatalaku yang cemerlang demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti profesion kaunseling.
  • Hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Dia hendaklah sentiasa memonitor keberkesanannya sebagai profesional.
  • Hendaklah menjalankan tugasnya dengan cekap, bertanggungjawab, berdedikasi, objektif, jujur, ikhlas selaras dengan tahap profesionalisme yang tinggi.
Hubungan Kaunselor-Klien
  • Tanggungjawab utama iaitu menghormati integriti dan kebajikan klien sama ada klien dibantu secara individu atau kelompok.
  • Hubungan kaunseling & maklumat diperolehi daripadanya mestilah dirahsiakan, kecuali jika keadaan klien menunjukkan tanda-tanda yang membahayakan dirinya atau orang-orang lain di mana kaunselor diharapkan mengambil tindakan secara langsung atau memaklumkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.
  • Kaunselor mestilah mendapat persetujuan yang sesuai daripada klien apabila menyampaikan hal-hal yang berkaitan dengan klien kepada pihak ketiga. Langkah-langkah yang berhati-hati hendaklah diambil apabila menyampaikan maklumat melalui faks, mel elektronik atau mana-mana cara menyampai maklumat untuk menjamin kerahsiaan.
  • Kaunselor hendaklah berusaha memahami & menghormati latar belakang sosiobudaya klien.
  • Kaunselor hendaklah bertanggungjawab melindungi klien daripada ancaman fizikal atau trauma psikologi.
  • Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan emosi, seksual atau kewangannya.
  • Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun.
  • Kaunselor hendaklah menggalak dan membentuk pemahaman kendiri serta memupuk perkembangan tingkah laku bertanggungjawab klien. Justeru perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat klien.
  • Kaunselor mesti menghormati privasi klien dalam sesi-sesi kaunseling.
Tanggungjawab Kaunselor Kepada Rakan Profesional
  • Hendaklah menghormati rakan profesionalnya.
  • Mencegah, menzahir dan memperbetul perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.
  • Bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan profesional yang didapati teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
Tanggungjawab Kaunselor kepada Masyarakat
  • Hendaklah memahami & menghormati nilai-nilai sosiobudaya masyarakat dimana dia berkhidmat.
  • Mematuhi undang-undang negara dalam melaksanakan tugasnya.
Tanggungjawab kaunselor kepada organisasi dan majikan
a) Hendaklah mematuhi segala perjanjian yang ditandatangi dengan organisasi di mana dia berkhidmat.
b) Mematuhi polisi dan prosedur organisasinya, serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan dengan organisasi.
c)  Bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi di mana dia bertugas.
d) Tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
e) Memberitahu majikan keadan-keadaan di mana berkemungkinan berlakunya konflik yang boleh merosakkan atau perkara yang menyekat keberkesanan tugas-tugasnya.
f)  Hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.
PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN
Pengiklanan
a)  Hendaklah mengiklankan perkhidmatannya secara profesional dengan memberikan maklumat yang jujur dan jelas sebagaimana terdapat dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Kaunselor Berdaftar (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999.
b)  Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan untuk menggunakan nama organisasi tersebut untuk mengiklankan perkhidmatan persendiriannya.
 PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
Etika Penyelidikan
Mematuhi etika penyelidikan dengan memelihara kesejahteraan dan kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelak berlakunya kecacatan psikologi, fizikal atau sosial kepada subjek. Kaunselor hendaklah bertanggungjawab menentukan bahawa amalan etika ini dipatuhi oleh pembantu penyelidik dan mereka yang terlibat dan mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti penyelidikan.
Persetujuan Subjek
2)  Penyertaan dalam penyelidikan mestilah secara sukarela.
3)  Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek sama ada secara langsung atau pun tidak, setiap klien dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah kajian yang akan digunakan, kemungkinan faedah yang akan diperolehi dan kesan negatif kajian itu serta sebarang ketidakselesaan dan kesukaran yang mungkin akan dirasai oleh klien.
4) Semasa menjalankan kajian, ada kemungkinan penyelidik perlu menggunakan teknik memberi maklumat (withholding information) atau teknik salah maklumat (misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:
1)  Penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai sainstifik, pendidikan atau terapan.
2)   Tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar.
3)   Subjek diberi penjelasan yang cukup dengan secepat mungkin.
5)  Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kenak-kanak atau mereka yang mempunyai kecacatan yang mengehadkan kefahaman atau komunikasi, kaunselor hendaklah mendapatkan persetujuan bertulis daripada penjaga yang sah, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang khusus dan rapi untuk keselamatan subjeknya.
6)  Semasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan kecuali dgn persetujuan subjek. Sekiranya ada kemungkinan orang lain boleh mendapatkan maklumat itu, langkah-langkah mengawal kerahsiaan perlu diterangkan kepada subjek sebagai sebahagian daripada prosedur bagi memperolehi persetujuan bermaklum.
 Penerbitan
a)  Dalam hal menerbitkan hasil penyeldikan, kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hak cipta.
b)  Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.
c) Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran kuasa subjek.
d) Apabila menerbitkan laporan kes, identiti klien hendaklah tidak dinyatakan untuk menjamin kerahsiaan.
Latihan
  1. Sekiranya klien diberi khidmat kaunseling oleh seorang pelatih, kaunselor hendaklah memberitahu klien tentang khidmat tersebut dan implikasi tentang unsur-unsur kerahsiaanya. Kaunselor hendaklah memastikan yang khidmat kaunseling yang diberikan adalah profesional.
  2. Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang tepat dan benar tentang kelayakan, kecekapan, latihan, kebolehan dan pengalaman mereka jika diperlukan.
  3. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia pelatih untuk kepentingan peribadi, emosi atau seksual.


No comments:

Post a Comment